
Anda ingin menunaikan Upah Umrah ??
UPAH UMRAH.
Ramai yang mesej tanya saya pasal Upah umrah. Apa Upah umrah tu? Sama ke dengan upah haji?
Upah umrah ni ialah kita upah orang lain untuk buat umrah bagi pihak. Biasanya pihak tu datang dari 3 keadaan :
✅ Seseorang yang telah meninggal dunia dan memiliki kewajipan umrah yang belum ditunaikan.
✅ Seseorang yang lumpuh dan tidak mampu untuk bergerak.
✅ Seseorang yang mengidap sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh.
Maka kita boleh la upah sesiapa untuk buatkan umrah bagi pihak orang tu. Biasanya yang meminta upah umrah ni ialah diri sendiri atau saudara mara yang terdekat.
Orang yang diamanahkan untuk buat upah umrah ni pulak mesti memenuhi syarat-syarat tertentu seperti :
✅ Dia telah pun selesai umrahnya sendiri yang wajib.
✅ Dia hanya boleh melakukan upah umrah untuk seorang sahaja setiap kali.
Itu sajalah tentang upah umrah. Semoga bermanfaat.
Harga Upah Umrah bagi tahun 1445 Hijrah adalah RM590.00 seorang.
#KAB